INSTITUT PENDIDIKAN GURU ILMU KHAS | ASYRAF & AZIM
pembacaan perlahan
PEMBACAAN PERLAHAN
TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN
TUJUAN TEKNIK PEMBACAAN PERLAHAN:
Untuk membuat analisis
Supaya lebih faham
Dapat menilai bahan bacaan
Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan
TEKNIK SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SQ3R?
S- SURVEY (MENGKAJI)
Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
Baca keterangan, carta dan grafik
Baca rumusan
Melihat bagaimana maklumat disampaikan
Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
Q- QUESTION (MENYOAL)
Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
Menyoal; “apa yang saya tahu tentang tajuk ini?”. Kaitkan dengan apa yang dibaca
Bersoal jawab dengan rakan-rakan
Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab
3R- READ (MEMBACA)
Baca perlahan pada petikan yang sukar
Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci
3R- RECITE (MENYEBUT)
Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
3R- REVIEW (MENGULAS)
Ulas semula maklumat yang dibaca
Ulas soalan dan jawapan
Buat ulasan nota
Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
TEKNIK MEMBACA KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan